Monday, May 27, 2013

Anakku Melarikan Diri ???????

Setelah aku call en suami aku terus ke rumah sahabat karibnya Fawwaz...aku tetap rasa tenang. Allah bersamaku.  Ada yang Fawwaz cuba sembunyikan, aku tahu, mungkin ikatan persahabatan. Setelah mengfhubungi rakan2 yang lain termasuk Hayyi, anak kepada Dr Awang Nila yang juga salah seorang sahabat karibnya, aku semakin pasrah.  Masing2 cuba menyembunyikan sesuatu dari aku....tak apa...hatiku tenang..aku rasakan AQ selamat.

Aku cuba call nomor AQ..masih bertutup....aku send messages..merayu..

"AQ kat mana???Baliklah AQ"
"Aqil tak kesian ke umi???Baliklah"
"Tolonglah umi..baliklah"

Aku ambil air sembahyang, aku berserah pada Allah. En suami sibuk menghungi Celcom tetapi ternyata polisi syarikat menggagalkan niat kami untuk trace nombor terakhir yang dihubungi oleh AQ. Apa nak buat itu, polisi syarikat walaupun puas merayu menerangkan keadaan kami sekarang.

Tiba2 tel aku berbunyi menandakan message masuk "Umi. Xyoh cari AQ.Aq nyusoh ko umi jh...buke AQ x saye ko umi, AQ tok tahan kena leter"

YaAllah....doaku diperkenan.  aku cuba call dia tapi masih tak diangkat..aku message lagi..... dan ini berlarutan sampai pukul 1230 malam...aku masih di sejadah..ArRahman ArRahim.....Ya Allah.....aku semakin tenang...

No comments:

Post a Comment