Monday, May 27, 2013

Anakku Hilang : 2 jam yang mendebarkan. 27/5/2013

Dia adalah anak yang paling manja...walaupun nampak nakal dan agak kasar, dialah yang akan tidur di riba semasa menonton tv dan yang akan datang menciumku sebelum tidur. Dialah yang paling kerap memeluk aku sebagai umi. Tapi gerak hatiku mengatakan ada yang disembunyikannya...gerak hati seorang umi mengatakan, ada yang aku tidak tahu apabila aku melihat dia semakin kerap keluar berjumpa rakan2 dengan alasan bermain bola dan futsal...dia semakin jauh melangkah dan aku yang gagal membaca langkahnya...memang alpa aku sebagai seorang umi kepada anak remaja berusia 15 tahn.

Kerana kecil hati dengan teguran yang dibua oleh abahnya, dia mula menunjukkan perasaan yang terpendam.  Walaupun dia tampak matang, fikirannya masih lagi kebudak2an. Aku menghantar dia ke tempat tuition macam biasa. Jam 1030 mlm, hanya Along dan Ina yang datang..,Angah tidak ada.
"Kawan abang kata, dia dah keluar pukul 930 tadi..."  Ya Allah..gugur jantungku...anakku hilang???anakku lari???YA Allah....aku tunggu sampai AlAmin gelap ...mengharapkan dia akan muncul. HAtiku berdebar tetapi agak tenang...aku sendiri keliru.


No comments:

Post a Comment