Wednesday, May 29, 2013

Memujuk vs Merajuk vs Mengugut : Anakku Masih Berahsia

Akulah umi...akulah isteri...akulah bibik...akulah kaunselor..akulah cikgu....

Ada masanya aku rasa ada yang salah dgn tindakan atau words that I use with my students..Is this a kind of a curse in my life???? Adakah pembalasan Allah supaya aku tidak lepas kata pada anak2 muridku? Just do not know what to feel and do right now,

En suami memang meletakkan salah di bahu aku kerana gagal memantau pergerakan AQ. Adusssss...it's like the bomb exploded on my head...this is too much to take. When he said that, I felt I did nothing to monitor my kids. Am I that bad as a mother???? Selama ni aku rasakan aku adalah umi yang terbbbaik..yang sentiasa amemahami dan sentiasa berusaha untuk memuaskan hati anak2 walaupun apa yang mereka buat yang aku rasakan exceed the limit tetap akan ku tegur....Pleaseeee...they are teenagers...they explore things..they find new friends...Tak pernah remaja ke suami aku ni???? Tak pernah buat benda2 nakal ke masa muda???? atau aku yang terover expose pada dunia remaja?????

Put everything else to the side...although the truth is...my feeling hurts...I sacrifice so many things...yet bila problems pooped in the family...I become the scapegoat...sakit hati..terhiris..tapi..bukan ke aku ni a great mum and a great teacher??? K?alau aku boleh handle budak beratus at the same time..why can't I handle only 3 kids and one en suami???

AQ balik main bola yesterday..aku bau rokok lagi..the question is..sblm ni aku tak pernah bau rokok , kenapa sekarang???? kenapa setelah en suami tegur dia, setelah aku tegur dia...setelah kami beercakap hati ke hati, AQ semakin berani untuk menyatakan pada kami...AQ masih merokok dengan membiarkan bau itu melekat di badannya??? Protest apakah ini??? atau satu cara to say to us...I don't care what u said....If you dare to say things..I will run away again????

Tuesday, May 28, 2013

Imanku Kembali....

Cukup 2 jam aku berbls message dgb Aq akhirnya...
"Umi..aq ada dpn rmh.."
Aku tinggalkn sejadah n terus membuka pintu....speechless...tak tau apa nk kata..Aq peluk aku n sapu air mata aku....

Aku tidak mampu utk ckp apa2...syukur ya Allah...2 jam yg membuatkn aku hilang separuh nyawa...

En suami masuk ke bilik Aq n has a slow talk with him.  I let them be..man to man talk.

Terima kasih Ya Allah kerana kembalikan Imanku kepadaku....


Monday, May 27, 2013

Anakku Melarikan Diri ???????

Setelah aku call en suami aku terus ke rumah sahabat karibnya Fawwaz...aku tetap rasa tenang. Allah bersamaku.  Ada yang Fawwaz cuba sembunyikan, aku tahu, mungkin ikatan persahabatan. Setelah mengfhubungi rakan2 yang lain termasuk Hayyi, anak kepada Dr Awang Nila yang juga salah seorang sahabat karibnya, aku semakin pasrah.  Masing2 cuba menyembunyikan sesuatu dari aku....tak apa...hatiku tenang..aku rasakan AQ selamat.

Aku cuba call nomor AQ..masih bertutup....aku send messages..merayu..

"AQ kat mana???Baliklah AQ"
"Aqil tak kesian ke umi???Baliklah"
"Tolonglah umi..baliklah"

Aku ambil air sembahyang, aku berserah pada Allah. En suami sibuk menghungi Celcom tetapi ternyata polisi syarikat menggagalkan niat kami untuk trace nombor terakhir yang dihubungi oleh AQ. Apa nak buat itu, polisi syarikat walaupun puas merayu menerangkan keadaan kami sekarang.

Tiba2 tel aku berbunyi menandakan message masuk "Umi. Xyoh cari AQ.Aq nyusoh ko umi jh...buke AQ x saye ko umi, AQ tok tahan kena leter"

YaAllah....doaku diperkenan.  aku cuba call dia tapi masih tak diangkat..aku message lagi..... dan ini berlarutan sampai pukul 1230 malam...aku masih di sejadah..ArRahman ArRahim.....Ya Allah.....aku semakin tenang...

Anakku Hilang : 2 jam yang mendebarkan. 27/5/2013

Dia adalah anak yang paling manja...walaupun nampak nakal dan agak kasar, dialah yang akan tidur di riba semasa menonton tv dan yang akan datang menciumku sebelum tidur. Dialah yang paling kerap memeluk aku sebagai umi. Tapi gerak hatiku mengatakan ada yang disembunyikannya...gerak hati seorang umi mengatakan, ada yang aku tidak tahu apabila aku melihat dia semakin kerap keluar berjumpa rakan2 dengan alasan bermain bola dan futsal...dia semakin jauh melangkah dan aku yang gagal membaca langkahnya...memang alpa aku sebagai seorang umi kepada anak remaja berusia 15 tahn.

Kerana kecil hati dengan teguran yang dibua oleh abahnya, dia mula menunjukkan perasaan yang terpendam.  Walaupun dia tampak matang, fikirannya masih lagi kebudak2an. Aku menghantar dia ke tempat tuition macam biasa. Jam 1030 mlm, hanya Along dan Ina yang datang..,Angah tidak ada.
"Kawan abang kata, dia dah keluar pukul 930 tadi..."  Ya Allah..gugur jantungku...anakku hilang???anakku lari???YA Allah....aku tunggu sampai AlAmin gelap ...mengharapkan dia akan muncul. HAtiku berdebar tetapi agak tenang...aku sendiri keliru.


Wednesday, May 22, 2013

HIJRAHKU....

Semuanya bermula April 2013...just do not know how..it just sparked in me...terasa diri begitu jauh dengan Penciptaku...terasa diri begitu alpa dengan dunia...aku menambil keputusan..join kelas menaji tajwid, after so long keep postponing the good intention.  Bermulalah kelas Sabtu di Surau KUB jam 9-11 pg bersama Ustazah Sakinah dan 14 lagi ahli jemaah.

Aku mula mengenali jenis2 Mad yang selama ini hanya ku dengar tetapi tidak mengetahui setiap hukumnya dgn terperinci.  We started off with Qiraati 2...it was a lot of fun, perasaan takut, malu perlahan2 ku singkirkan kerana inilah yang hatiku mahu...yang jiwaku inginkan selama ini.  Nampak mudah..bacaan yang selama ini aku sangkakan aku tahu, rasakan aku tahu rupanya ada silapnya....kami belajar dalam tawa, kami mencari ilmu dalam gurauan...hati kami bersatu dengan ayat2 suci Al-Quran....Alhamdulillah....